hi korng smua...nk thu x ary ny hri pe??hari jumaat iaitu penghulu segala hari..
Begitu besarnya hikmah hari
Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan
“jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah
menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama
rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit
atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu
sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh
hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul,
memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan
dan rahmat daripada allah swt
penhulu segala hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W
yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat
dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang
terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat.
Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih
dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk
oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah
tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk
kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
kelebihan hari jumaat
1) Allah ciptakan Adam
,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak
meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu
malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit,
bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan
pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari
yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia
dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”